Tuesday, July 30, 2013

Perjalanan MyBrainsc 2013 (Batch ke-2)

Bismillah, Dengan nama Allah,

Hari ini, Insya Allah, saya akan menerangkan semampu yang boleh untuk pelajar2 yang akan memohon (ataupun yang sudah ambil) biasiswa MyBrainSc tajaan Kementerian Pengajian Tinggi. Sesiapa yang ingin mengambil biasiswa ini mesti dah fikir habis dan dah yakin, Insya Allah, memang minat dalam bidang sains.

Sedikit Peringatan (Latest update 06/11/2016):
Saya merupakan pemegang biasiswa MyBrainSc second batch, kiranya KPT masih menaja pelajar ke luar negara ketika itu (tahun 2013). Berdasarkan pengetahuan saya yang terkini (boleh jadi ianya salah), KPT telahpun memberhentikan penajaan ke luar negara dan hanya fokus kepada penajaan di dalam negara. Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari portal MyBrainSc atau baca post2 pelajar biasiswa MyBrainSc yang lebih up-to-date.

Pertama sekali, selalu check update. Kena tahu bila tarikh keluar permohonan dan bila tarikh tutup permohonan. Tengoklah dalam suratkhabar, facebook dan lain-lain lagi. Tapi yang paling penting, selalulah update kat portal MyBrainSc .

Inilah rupa portalnya (update: portal yang dulu, bukanlah yang sekarang). :-)
Yang kedua, tengok syarat-syaratnya. Pointer cukup x, dan etc..
Ketiga, bila dah cukup syarat, isilah borangnya. :) Tapi kena buat account (pakai email gmail/yahoo/seangkatan dengannya), dah buat baru boleh log in system. 

=> Kepada sesiapa yang nak pergi luar negara (UK,US dan Kanada), pastikan kalian dah ada surat tawaran universiti. Kalau xde pun xpe, tapi pastikan lepas dah hantar borang,cari secepat yang mungkin.
Sedikit cadangan/tips : Untuk yang nak pergi UK,boleh apply through UCAS. Pelajar yg ambil A-Level banyak kelebihan sbb syllabus mereka diterima pakai oleh semua universiti. Untuk pelajar asasi/matrikulasi, kalian tidak akan mempunyai banyak pilihan. Maksudnya, kebanyakan top universities tidak terima syllabus kita. Tapi cuba je mohon. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Beberapa universiti yang saya boleh cadangkan (kalian boleh je tanya setiap universiti dalam UCAS) - yg ini sbb ada beberapa pelajar PASUM yang apply through UCAS dan mereka dapat offer drpd universiti yang tertera di bawah :
  • University of Bristol
  • University of Sheffield
  • University of Manchester
  • University of Southampthon
  • University of Glasgow
  • Dan pilihan2 yang lain. Tapi pastikan universiti yang anda nak ada dalam senarai universiti yang telah ditetapkan oleh pihak KPT (boleh check kat portal)
=> Antara syarat2 yang anda perlu penuhi sekiranya dapat tawaran universiti (conditional offer) di UK adalah anda perlu mengambil IELTS/TOEFL/yang diterima oleh pihak universiti (ini semua adalah English proficiency tests).
Selepas itu, langkah ke-empat, lepas dah hantar semua borang, kalian kembali kepada kehidupan asal iaitu hidup di PASUM (saya pelajar PASUM 12/13) ataupun di kolej matrikulasi/pusat asasi dll. serata Malaysia.

Selepas beberapa bulan (biasanya selepas kalian tamat pengajian di matrikulasi/asasi/A-Level,IB,etc.), dia akan beri makluman tentang ujian saringan UKM 2 (tak,dia xde ujian UKM 1, jadi jangan risau sangat pasal nama) melalui email/pihak KPT akan menelefon anda untuk mengingatkan anda. Yang ini pun kena selalu update sebab ada juga beberapa orang yang terlepas tarikh untuk mengambil ujian ini.

"Ujian UKM ni ambil kat mana?" - Ujian ni ambil kat rumah je, dik. Pakai PC/Laptop/Notebook sendiri. Tapi jangan tiru ya, jawab semampu yang boleh (berdasarkan pengalaman sendiri, jawab main hentam).
Ada juga yang tak sempat nak jawab semua, tapi takpe, nanti eden terangkan dalam perenggan seterusnya.

Seterusnya, selepas beberapa lama, kalian akan dapat email dan juga panggilan daripada pihak KPT. Kawan2 saya yang tak sempat jawab pun dapat, tapi Wallahu'alam, Allah lebih mengetahui. :D

Inilah dia rupa email itu. :)
Nanti kalian check-lah dekat portal seperti yang disuruh. Saya dapat temuduga di PICC (Putrajaya International Convention Centre) pada 22 Jun 2013, hari Sabtu. 

"Soalan dia macam mana kak?" - Sebenarnya, ia bergantung kepada siapa yang temuduga kalian dan waktu (pada jam berapa) kalian masuk dalam bilik temuduga. Macam saya, saya dapat banyak informasi berbanding soalan dan saya lebih banyak bertanya daripada menjawab. 

Situasi saya : Masuk pukul 1 petang (saya kumpulan terakhir untuk sesi pagi), dua orang penemuduga (seorang pensyarah kimia & seorang pensyarah fizik), tiga orang yg ditemuduga (termasuk saya).
Soalan yang ditanya kepada saya (x semua org yg akan dapat soalan macam ni ya) :
  1. Introduce yourself.
  2. Apa itu kimia? (Definition of chemistry)
  3. Kenapa teori Einstein (E=mc^2) tidak boleh digunakan pada saiz partikel?
Itu sahaja. Waktu selebihnya, banyak dihabiskan dengan informasi yang diberikan oleh pensyarah kimia.
Dan kami juga diberi peluang untuk tanya soalan. Nasihat saya, tanya soalan yang bernas,mencabar minda (kalau boleh) dan hadkan bilangan soalan anda supaya tidak mengambil masa penemuduga. Mereka pun nak rehat juga.

=> Maklumat tambahan : MyBrainSc boleh juga dipohon oleh pelajar yg nak ambil Master dan PhD, pelajar tahun pertama Sarjana Muda dan Asasi Pintar. Ini berdasarkan pengalaman ditemuduga bersama budak Fast Track UPM,tahun pertama Sarjana Muda Fizik.

Selepas sesi temuduga, kalian kena tunggu lagi. Sabar itu separuh daripada iman. :) 
Tibalah masanya. *bunyi drumroll* 

Random meme - di ambil hanya kerana ada gambar drum dan sound effect

Sebulan selepas sesi temuduga. 
Sekali lagi,kalian perlu check kat portal tu. Log masuk, dan untuk yang berjaya, kalian akan dapat tawaran bersyarat yang mana memerlukan kalian untuk menghantar dokumen yang dikehendaki supaya kalian boleh diberi surat tawaran rasmi.

Lepas dah hantar dokumen via email, selalu update dgn pihak KPT. Kalau ada pertanyaan,tanya terus, jangan tunggu lama2, lebih2 lagi yg apply overseas.

Ada yang dapat lambat, ada yang dapat cepat. Alhamdulillah,saya dapat cepat dalam masa beberapa hari sahaja (itupun sebab ada kawan yang apply uni yg sama dgn saya, dia yang selalu update dengan pihak KPT). Kalau boleh,dah dapat email seperti kat atas, lepas check portal,terus hantar dokumen. 
Senang cerita, lebih cepat kalian hantar,lebih cepat KPT memproses dokumen anda.

Untuk yang berjaya, Insya Allah, keputusan rasmi akan seperti begini.
Kemudian,kalian akan muat turun surat tawaran dan borang perjanjian serta tuntutan. Lepas tu, buatlah mengikut panduan mengisi borang.

OK,sampai di sini sahaja dahulu. Alhamdulillah, Allah banyak mempermudahkan urusanku sampai ke tahap ini. Insya Allah,kalian juga pasti mampu melakukannya.

Salah seorang kawanku pernah berpesan,"betulkan niat. Kita pergi belajar di luar negara kerana Allah" - lebih kurang ayatnya begitu.
Memang tidak dapat dinafikan seronok belajar di luar negara, tapi kita harus mempersiapkan diri dari semua aspek,lebih2 lagi dari sudut rohani (basic dalam agama harus kukuh).

Hanya Allah yang mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini. :)
Jadi, kepada yang telah dapat keputusan rasmi, saya ucapkan MABROUK (congrats in Arabic)!!! 
Untuk kalian yang akan memohon/bercadang untuk memohon, lakukanlah solat sunat istikharah keranaNya,sentiasa merujuk kepadaNya. Ok? Last but not least,

All the best and Good Luck
 sebenarnya nak tulis 'may the odds be ever in your favor' but this ain't Hunger Games. 

Assalamua'alaikum warahmatullah. :-)

UPDATE: 

Minta maaf sbb lama x update post ni, saya sibuk dgn kuliah (sekarang dah final year). Insya Allah, kalau ada masa lapang, saya akan cuba jawab soalan2 yg kalian post di ruang komen.

Thanks for reading.

23 comments:

  1. Hi, saya adalah salah seorang applicant MyBrainSc 2014. Saya nak tanya kak....when do you apply for university oversea? Boleh tak saya apply in May? sempat tak? dan... kalau saya nak apply university oversea... macam mana saya dapat apply? saya dah log in kat UCAS.. tapi saya seorang pelajar lepasan matrik.. oleh itu.. saya tak sure macam mana nak mohon. Hope you can answer my questions. Thank you very much =)

    ReplyDelete
  2. Hi yeoh, saya apply,kalau x silap, sebelum bulan 5 la..Sebenarnya,saya x apply uni through UCAS,jadi saya tidak arif mengenai hal ini. Tentang UCAS,awak kena check bila due date untuk submit application. Kalau x silap,due date biasanya 30 may. So, awak kena cepat2 apply. Oh ya,result matrik pun boleh digunakan dlm application.
    Jangan risau,kalau ada rezeki untuk awak, pasti awak boleh dapat offer.
    Harap2 sedikit sebanyak dpt membantu. :)
    P/S:Bukankah matriks ada tawaran sambung belajar di luar negara?Sebab kebanyakan lepasan matrik yg saya jumpa di UK adalah pelajar2 di bawah tajaan Kemeterian Pelajaran Malaysia - bilamana mereka dah graduate,mereka akan jadi lecturers di pusat matrikulasi di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Kalau lepasan asasi pintar kan , boleh tak fly overseas under scholar lain ? Akak tahu tak scholar apa ?

    Tahu tak apa kelebihan asasi pintar ? Antara tajaan mara dan asasi pintar , mana lebih baik ? Saya perlukan sangat pandangan akak. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,maaf sebab lambat sangat jawab (2 bln lebih). Terdapat byk scholarship yg gov offer utk students lepasan asasi/matriks/stpm, tp itulah....ikut rezeki dan kena selalu update website n newspaper...
      Akak kurang tahu mengenai asasi pintar (minta maaf sgt2). Kalau x silap akak, tajaan MARA (lepas belajar kena byr, xde terikat dgn gov) dan ttg asasi pintar, akak x tau. maaf sekali lagi.
      Good luck. :)

      Delete
  4. Assalamualaikum kak. Saya student PASUM sesi 2013/2014 ^^ Junior akaklah ni. Hihi. Nak tanya, waktu akak nak mohon untuk uni of glasgow dulu, dia setkan IELTS band berapa? Ke akak tak mohon guna IELTS? Terima kasihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam,maaf sbb lambat jawab. Surat twrn menyatakan "IELTS 5.5 with 4.5 in each component or recognised equivalent" tp untuk lebih selamat, cuba dptkan sekurang-kurangnya overall band 6.0 (minimum 5.5 dlm setiap komponen- reading, writing, listening & speaking).

      Delete
  5. ASSALAMUALAIKUM . kak saya nak tanye . saya dh dpt mybrainsc . dh lepas interview . tawaran bersyarat . tpi saya tak apply kt UCAS lgi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam,mungkin awak patut apply ucas skrg tp x tau masih boleh apply utk sesi 2014 skrg ni. sbb biasanya tarikh tutup untuk sesi tahun kemasukan adalah pd 30 jun tahun tersebut.
      P/S: saya masuk ke Glasgow Uni bukan melalui UCAS. jadi saya kurang arif mengenai UCAS,tp apa2 soalan mengenai UCAS,saya boleh tanyakan kepada kwn saya.
      maaf sekiranya jwpn tidak memuaskan hati.

      Delete
    2. Assalamualaikum. Hai sis. Saya nk tya, tawarn bersyarat tu dikira dapat ke? 😊

      Delete
    3. Wa'alaikumussalam, tawaran bersyarat maksudnya awak dapat tapi kena berikan apa yg mereka kehendaki (cthnya dokumen). Selepas berikan apa yg mereka nak, baru mereka akan berikan awak tawaran rasmi/tanpa bersyarat,
      Tahniah.

      Delete
  6. Assalam..akak..sy nk tnya..klau kita dh dpt twran bersyarat lpas 2 pointer xlepas 3.5 mcm mna??dia akn tarik balik ke??1 lg rsult sem 2 blom kluar lg..klau bg rsult sem 1 dlu boleh ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, maaf sbb lambat jwb. Pertama sekali, tahniah sbb berjaya dpt tawaran. Rasanya lebih baik jika awak tanya pihak KPM ttg tarikh tutup untuk memenuhi syarat tawaran yg awak dpt. Sbb kalau x silap saya, result sem 1 untuk mula2 masa apply mybrainsc, skrg dah dpt twrn - lebih baik pakai result sem 2.
      Masa saya dpt twrn bersyarat, saya hantar result dan twrn uni 10 hari lps dpt twrn tersebut (kalau x silap). Ada yang hantar lebih lambat drpd itu dan masih lg diterima. Jadi saya cadangkan supaya tanya kepada pihak KPM untuk mendapatkan kepastian.
      Ttg pointer, mungkin awak boleh try to negotiate with them.
      Wallahu'alam, maaf sekiranya jwpn tidak memuaskan hati.

      Delete
  7. Salam akak, saya pelajar pasum 14/15 :) boleh tak saya nak tahu macam mana cara nak apply university oversea lepas tu dapat surat tawaran.. ? Saya macam kurang jelas dekat situ .. Lagi satu boleh ke saya mohon lepas dapat result overall sem kiranya lepas habis pasum.. Saya nak apply sekarang result sem 1 tak mengizinkan.. InsyaAllah kalau ada rezeki pointer overall saya bagus saya teringin nak apply schlar ni :) .. Sorry kak banyak tanya.. Thanks akak ..

    ReplyDelete
  8. Salam, addy.
    1) Mungkin awak silap faham statement yg saya tulis (maaflah ya...). Cara nak apply university oversea depends on which country yg awak nak sambung belajar (contohnya, kalau nak apply uni kat UK, awak kena buat through UCAS - refer laman web ini http://www.ucas.com . Kalau nak sambung kat US, mungkin awak boleh cuba laman web ini https://www.commonapp.org . Untuk Canada, saya memang x tahu, mohon maaf sekali lagi). Awak kena buat apa yg diorang minta (ada yg minta buat personal statement, IELTS dan lain2 lg). Insya Allah, kalau sume ok, barulah diorang bg surat twrn uni. KPT expect students to apply universities on their own.Even kalau awak dah dpt surat twrn biasiswa, KPT x akan bg duit kalau awak x de uni (macam tu la maksudnya..)
    2) Awak kena apply biasiswa within the given deadline. Masa saya apply dulu, saya pakai result sem 1 sbb deadline dia within sem 2 (mmg x sempat nak bg overall result). Kalau deadline biasiswa ni dalam sem 2, awak mmg kena bg result sem 1 dan kalau deadline dia lepas habis sem 2 (dan awak dah dpt overall result), then awak bg overall result awak.
    3)Rasanya lebih baik awak tanya pihak KPT untuk sebarang kepastian (contohnya, pasal pointer dan lain2 lg), mungkin jawapan saya kurang relevan untuk soalan2 awak.
    Mohon maaf sekiranya jawapan2 saya tidak memuaskan hati. Wallahu'alam.
    All the best. :)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum kak nur aqilah,,,sya jufri pelajar ib..sya nk tnya cmna akak apply uni kt uk slain melalui UCAS...
    adakah akak apply melalui uni tu sndiri?
    thanks ye akak :)

    ReplyDelete
  10. assalam akak nk tumpang tanye.... saye mahu mencuba biasiswa ini... dan saya juga sudah bace semua requirements utk apply... saya juga memang ingin masuk unversity of glasgow... boleh bagitahu mcmne nak apply universiti tu, sbb akak kate akak apply bukan under UCAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. tambahan.. university of glasgow memang mintak ielts or toefl eh? kalau takde mcmne ye? akak dulu ambik ielts?

      Delete
  11. Hi, brape lama akak dpt offer letter drpd uni of glasgow lps akak apply?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum saya nak is tanya,scholarship ni menjanjikn twrn pkrjaan ke selepas grad nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, berdasarkan pengetahuan saya yang terkini, biasiswa MyBrainsc tidak menjanjikan tawaran pekerjaan selepas grad. Tetapi awak boleh tanya pihak KPT untuk maklumat lebih lanjut berkenaan perkara ini.

      Delete
  13. salam , saya pelajar pasum, dan pointer sem1 saya 3.55. tpi dia nak tgk cgpa above 3.6 . masa permohonan dia mintak result sem 1. kalau sem 2 saya perform , ada chance ke saya dpt?

    ReplyDelete
  14. salam, saya nk tanya pengalaman selepas graduate as pelajar mybrain. adakah perlu membayar balik jika kita tidak bekerja dengan kerajaan?

    ReplyDelete
  15. Salam,kalau nak jadi cg sekolah boleh x pohon biasiswa niyy

    ReplyDelete